Tuesday 10 January 2017

AMALAN GOTONG ROYONG DAPAT MENGERATKAN/MERAPATKAN HUBUNGAN SILATURRAHIM ANTARA KAUM

DUA 6022
KOMUNIKASI DAN PENYIRAN DALAM ISLAM

TOPIC 1
AMALAN GOTONG ROYONG DAPAT MENGERATKAN/MERAPATKAN HUBUNGAN SILATURRAHIM ANTARA KAUM

GROUP 1
  1. MUHAMMAD FADLIN BIN YUSOFF
  2. MUHAMMAD TAUFIK BIN ZAINUN ABIDEN
  3. MOHAMAD ZAEEM BIN MOHD. D'NAN
  4. WAN AHMAD FAWWAZ BIN WAN BHARUDIN

Amalan Gotong Royong dapat Mewujudkan / Mengeratkan Hubungan Silaturrahim di Kalangan Kaum.

Sejak dari dulu lagi, khususnya masyarakat Melayu, gotong-royong diamalkan sebagai sebahagian daripada cara hidup dsn adat resam kits. Kini, selepas kemerdekaan atau lebih tepat lagi, selepas pengwujudan Dasar Kebudayaan Kebangsaan pada tahun 1973, gotong-royong telah dimartabatkan sebagai salah satu nilai sosioekonomi kebangsaan dalam usaha pembentukan bangsa Malaysia.

Namun begitu, amalan ini kian dilupakan oleh generasi alaf 21 masa kini yang hanyut dengan keseronokan dan keselesaan yang tiada batasan. Berapa peratus golongan muda yang mengetahui maksud gotong royong  dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian.

Dalam Islam, Hubugan Silaturrahim yang di eratkan melalui gotong royong amat dititik beratkan sama sekali dalam memperkukuhkan perhubungan antara masyarakat, kaum dan bangsa. Perhubugan antara kaum ini tidak diletakkan darjat dalam islam yang mana melibatkan penduduk marhaen mahupun penduduk nomad yang bertandang, malahan bangsawan, cendikiawan sekalipun tidak dibezakan dalam islam kerana pada pandangan yang maha esa mereka adalah sama yang mana berpaksikan kepada Tuhan yang sama walaupun pandangan agama yang berbeza.

Dalam erti kata lain, Secara holistik nya Hubungan Silaturrahim ini adalah kunci kepada penyatuan ummah, dan masyarakat di dunia. Namun masih ada yang bertanya
      I. 
Apakah itu hubungan silaturrahim?
    II.        Bagaimana gotong royong dapat menyambungkan hubungan silaturrahim?
   III.        Akibat Memutuskan Perhubungan Silaturrahim?
Oleh itu, mari kita singkap segala perspektif berkaitan dengan silaturrahim dengan gotong royong yang cuba kita capaikan selama ini.

Apa Itu Silaturrahim,

Jika dapat kita perhatikan pelbagai olahan yang berbeza tetapi membawa maksud yang sama dalam masyarakat itu sendiri, antaranya :
·         Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi ke 4, silaturrahim membawa maksud kepada “tali” iaitu perhubungan secara bersaudara mahupun hubungan persahabatan.
·         Menurut Kamus Besar Bahasa Indonesia (2007 : 1065) silaturrahim juga membawa maksud “tali” perhubungan antara dua hala yang itu melibatkan lebih dari seorang individu.
·         Dalam perspektif Bahasa Arab pula, silaturrahim itu di lihat dari aspek tarkib idhofi (susunan) yang terdiri dari beberapa konsep yang berbeza yang juga di sama rtikan dengan “tali”.
·         Maksud dari segi islam membawa pengertian yang mana silaturrahim adalah tanda-tanda seseorang itu berman kepada Allah S.W.T sebagaimana hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairsh r.a ia Berkata Nabi Muhammad S.A.W bersabda:

“Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia memuliakan tetamunya dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka hendaklah ia menyambung hubungan silaturrahi”.



Perhubungan silaturrahim ini ada di sentuh dalam ayat al-quran yang di wahyukan kepada Junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W dalam Surah an Nahl (ayat 90) yang membawa maksud,

“Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi bantuan kepada kerabat (keluarga) dan dia melarang (melakukan) perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan . Dia memberi pengajaran kepadamu agar kamu dapat mengambil pelajaran.”

Bukan itu sahaja, perhubungan silaturrahim ini juga ada di sentuh dalam Surah al-Isra’ (ayat 26) yang membawa maksud,

“Dan berikalah haknya kepada kerabat terdekat, juga kepada orang miskin dan orang yang dalam perjalanan dan janganlah kamu menggunakan (hartamu) secara boros.”

Bagaimana Gotong Royong Dapat Menyambungkan Hubungan Silaturrahim?

Secara Am nya, hubungan silaturrahim ini amat mudah utuk disambungkan bagi masyarakat masakini, kerana kita dilengkapi dengan kemudahan teknologi yang dapat menyambung perhubungan kita sesame manusia mahupun keluarga. Namun selain daripada perhubungan teknologi ada pelbaga lagi cara yang dapat kita singkapkan dan kembangkan perhubungan silaturrahim ini sebagai contoh mengadakan Gotong – Royong, ziarah menziarahi, bertegur sapa, tolong menolong dan sebagainya.

Maksud Gotong Royong

Gotong royong adalah suatu aktiviti yang dilakukan secara bersama-sama dan bersifat suka rela agar aktiviti yang dikerjakan dapat berjalan dengan lancar dan mudah.
Gotong royong juga sangat sesuai dengan ajaran islam, Islam menginginkan umatnya saling mencintai, menyayangi dan saling berbagi, ini sangat sesuai dengan prinsip gotong royong. Semangat gotong royong dalam islam juga boleh dijadikan ukuran keimanan seseorang, dalam hal ini Rasulallah SAW. Bersabda dalam hadis yang di riwayatkan Bukhari,Muslim,Tirmidzi,dan Nasai:

 لايؤمن احدكم حتى يحب لاخيه ما يحب لنفسه

Tidak beriman salah seorang diantara kamu sampai ia mencintai saudaranya sama dengan mencintai dirinya sendiri”.


Kenapa Gotong – Royong di jadikan Medium Perhubungan?
Gotong – Royong adalah antara satu contoh dalam perhubungan masyarakat dan keluarga itu sendiri, ini kerana menyokong beberapa pengukuhan penting dalam merapatkan dan mengeratkan perhubungan antaranya :
1.    Meluangkan Masa Bersama Masyarakat.

Tafsiran ringkas kenapa dikatakan dengan meluangkan masa kerana, dengan gotong-royong seperti ini masyarakat dan keluarga dapat berkumpul bersama merai dengan melakukan segala urusan bersama yang mana memberikan lebih keintiman terhadap perhubungan kasih sayang antara mereka, Selain itu, bagi sebuah keluarga yang sempurna, gotong royong adalah antara medium yang sempurna dalam mengerat dan merapatkan lagi perhubungan kekeluargaan yang mana merupakan hak mutlak setiap ahli keluarga seperti firman-Nya dalam Surah ar-Rum (ayat 38) yang bermaksud,

“Maka berikanlah haknya kepada kerabat dekat, juga kepada orang miskin dan orang-orang yang dalam perjalanan. Itulah yang lebih baik bagi orang-orang yang mencari keredhaan Allah dan orang-orang itulah yang beruntung.”

2.    Merapatkan Perhubungan Dua Hala.

“Dari Abu hurairah r.a, Dari Nabi Muhammad S.A.W bersabda , barang siapa yang ingin diluaskan rezekinya, dan dipanjangkan umurnya, hendaklah dia menyambung silaturrahim”. (Hadis Riwayat Bukhori)

Kehidupan masyarakat kini sudah mangli untuk kita perdebatkan, dek kerana kemegahan yang cuba di tegakkan dan keegoan yang cuba di pertahakan atas dasar cuba mencari erti dan maksud di setiap kehidupan sampai terlupa akan indahnya dan beruntungnya hidup bermasyarakat yang banyak menyumbang kepada pelbagai manfaat dalam kehidupan seharian.

Oleh itu dengan menumpukan kepada aktiviti masyarakat seperti gotong royong ini, bersesuaian dengan hadis diatas, dapat lah kita simpulkan bahawa dengan adanya aktiviti seperti ini dapat merapatkan hubungan kita bersama yang maha esa disamping masyarakat sekeliling sekaligus berpeluang rebut ganjarn hebat dari yang maha esa.

3.    Merealisasikan Impian Keluarga Bahagia.

Dalam mendepani cabaran masyarakat prejudis dan perbezaan perspektif masyarakat masa kini ada antara kita terlupa akan kebaikan gotong royong terhadap keluarga kita. Dalam merapatkan perhubungan silaturrahim antara keluarga, gotong royong adalah satu punca dalam merealisasikan keluarga bahagia yang cuba dicapai oleh setiap masyarakat, ini kera, dengan gotong royong kekeluargaan itu sendiri dapat berhimpun dan berkumpul dalam kelompok yang sma untuk mencari dan menyelidiki setiap permasalahan antara mereka selain memberi ruang dan pluang untuk berkongsi idea dan curahan ilmu serta perasaan kepada keluarga.

4.    Mengeratkan Perhubangan Pemimpin Dengan Masyarakat.

Seorang pemimpin yang berjaya adalah pemimpin yang berjiwa rakyat, pemimpin yang duduk sama rendah berdiri sama tinggi dalam mendepani kehidupan global masa kini, Demikian juga lah pembuktian dengan aktiviti kemasyarakatan seperti ini dalam menghubungkan dua golongan berbeza ini bersama masyarakat tanpa mengira kaum.

5.    Membuangan Sikap “Rasist” Dalam Kalangan Masyarakat.

Selain itu, dengan aktiviti pengumpuluan masyarakat seperti ini dapat membuka mata kita utuk lebih mengenali tatacara dan budaya setiap kaum dan membuang sikap rasis dalam kalangan penduduk, contohnya setelah kita selesai bergotong royong kita akan dijamukan dengan pelbagai jenis juadah yang dapat kita saksikan, dan di sini lah dapat kita saksikan dengan setiap juadah yang di sajikan membawa kepada lambing setiap masyarakat seperti Kaum Melayu dengan kuih-kuih tradisional nya, nasi kerabu, nasi dagang malahan nasi lemak yang menjadi makanan kesukaan rakyat Malaysia, Kaum Cina pula membawa keunikan dari khasiat tea Cina nya selain Kuih Bulan yang menjadi lambang kemegahan masyarakat Cina, manakala bagi Kaum India, membawa kesamarataan dari seg juadah Maruku, Kuah Kari Nasi Kandar yang elank di makan bersama. Jadi apabila digabungkan segala keunikan ini dapat membuang sikap rasis dalam masyarakat kita sendiri.

6.    Berkerjasama Membasmi Permasalahan Masyarakat.

Peningkatan dunia global sekarang amat meruncingkan, setiap hari kita disajikan dengan pelbagai berta jenayah yang kurang enak di dengar, sakit untuk di lihat dan luluh untuk di rasai, Oleh itu dengan adanya semangat bergotong royong ini, masyarakat Penduduk kampung dapat sama duduk satu meja berbincang permasalahan kampong/taman/desa dan dapat membasmi jenayah dengan seadil nya yang mana masyarakat dapat memberikan pandangan yang bermutu dan dapat di salurkan kepada pihak yang wajib dalam usaha menyatupadukan keindahan persaudaraan.

Kepentingan Gotong Royong

Perpaduan antara masyarakat harus kukuh untuk membolehkan negara pergi lebih jauh dalam lapangan dunia moden. Lebih rumit, masyarakat di Malaysia terdiri daripada masyarakat berbilang kaum. Maka, harus ada satu aktiviti yang berguna untuk merapatkan persefahaman antara kaum itu, dan tidak dapat dinafikan bahawa gotong-royong mampu membentuk masyarakat yang kondusif.

1.    Semangat bantu-membantu dan

Gotong-royong boleh merapatkan ahli masyarakat kepada nilai-nilai murni yang suci seperti bekerjasama membersihkan taman permainan, longkang, mahupun rumah ibadat, akan wujud rasa kekitaan yang tulen., yang tidak ditemui di rumah mahupun di pejabat. Rasa kekitaan seperti sikap prihatin,dan penyayang sesama individu dalam masyarakat ini akan membantu hasrat kerajaan untuk negara mara lebih kehadapan dalam era globalisasi ini. Hal ni berdasarkan kesan positif gotong-royong yang sebenarnya dapat membantu menangani gejala-gejala buruk dalam masyarakat seperti penagihan dadah dan kecurian. Lebih-lebih lagi gotong-royong melibatkan penglibatan menyeluruh ahli masyarakat.

2.    Perkukuhkan Peribahasa Melayu

Bak kata pepatah Melayu; “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”. Demikian juga tentang kerja gotong-royong ini. Umumnya mengetahui bahawa sesuatu kerja yang besar buatannya dan juga belanjanya akan menjadi enteng dan kecil kosnya jika dilakukan bersama-sama. Itulah prinsip gotong-royong. Pihak kerajaan telah menetapkan bahawa setiap penempatan warganegara di Malaysia mempunyai satu jawatankuasa khas iaitu Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKK). Fungsinya untuk menjana kegiatan gotong-royong setempat, khususnya untuk kepentingan umum. Isu ini jika ditelusuri secara mendalam, banyak wang, masa, dan tenaga telah dijimatkan kerana ahli masyarakat akan bekerjasama mencapai sesuatu perkara.

3.    Menjimatkan Kos Sara Hidup

Dalam kita tak sedar, dengan amalan gotong royong ini dapat membantu kelansungan hidup kita di masa hadapan. Contohnya, jika sesuatu tempat itu menjadi kotor kerana sampah, mereka akan bekerjasama membersihkannya dan tidak perlu membuang masa dan wang mengupah orang lain membersihkan atau terpaksa menanggung belanja perubatan kerana sakit akibat kesan jangka panjang daripada gundukan sampah yang tidak sempurna diuruskan itu. Tidak kiralah sama ada menyumbangkan derma atau tenaga untuk gotong-royong, kesan gotong-royong kepada masyarakat seluruhnya cukup bermakna baik untuk pembangunan material masyarakat mahupun pembangunan modal insan.


Akibat Memutuskan Hubungan Silaturrahim.

Al-Quran telah menegaskan kepada kita kenapa seharusnya kita menjag perubungan antara kaum dengan mengeratkan tali silaturrahim, jadi dapat kita perjelakan dalam diri kita setiap amalan yang kita lakukan terdapat kesan-kesan yang tertentu yang boleh kita jadikan batas dan tembok untuk memhalang sagala niat negative yan cuba kita salurkan. Di katakana dalam dalam hadis yang diturunkan,

“Thobrani mentakrifkan dari hadis ibnu mas’ud, barangsiapa yang memutuskan hubungan silaturahim, pintu-pintu langit akan tertutup baginya”.

Bermakna, andai putus nya tali persaudaraan itu, segala pintu langit akan tertutupbagi umat nya yang menginkari segala yang di perintah kan, sebagai ummat yang berpaksikan dengan ajaran islam, setiap kata yang yang diutuskan kepada kita perlu lah kita mengambil berat dan memandang dengan serious demi meraih kerahmatan dan keberkatan dari yang maha esa demi membentuk keperibadian seorang ummah yang Berjaya. Selain itu, diperkukuhkan lagi kenapa islam melarang untuk kita memutuskn hubungan silaturrahim adalah kerana

“Bukhori mentakrifkan dari hadis Abu Aufa sesungguhnya rahmat tidak akan turun kepada mana-mana kaum yang dalamnya ada pemutus silaturrahim”

Dalam hadis tersebut, terang menunjukkan bahawa, seandainya kita memutusan tali silaturrahim, kerahmatan tidak akan mengeringi kita. Ramai antara kita bertanya-tanya bagaimanakah cara untuk mendapatkan kerahmatan daripada yang esa? Dalam hadis tersebut telah dijelaskan kepada kita sememangnya menjaga perhubungsn silaturrahim itu dapat memberikan kerahmatan kepada kita dalam usaha mencari kunci untuk ke syurga.

Kesilapan Dan Kekhilafan Masyarakat Alaf Kini.

Setelah puluhan tahun berlalu, gotong-royong kian tandus fungsinya di kalangan masyarakat. Masyarakat masa kini nampaknya lebih individualistik dan materialistik. Mereka bersikap menyendiri lalu menganggap bahawa segala apa yang berlaku di sekeliling mereka tidak akan mempengaruhi perjalanan kehidupan seharian mereka. Mereka mula mencari wang dan pangkat kononnya untuk memperoleh keselesaan dalam kehidupan.”Ada kerja, ada gaji” seakan-akan menjadi prinsip hidup masyarakat moden hari ini. Masyarakat moden kini juga kian pudar nilai-nilai kejiranannya. Ramai juga yang terlalu sibuk dengan urusan pejabat. Tidak mustahil, mereka tidak mengetahui nama jirannya apatah lagi mengenalinya dengan lebih mendalam.

Ketidakfungsian badan-badan kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) khususnya yang terlibat dalam kegiatan kemasyarakatan, dikatakan punca gejala ini berlaku. Setiap tahun, kerajaan memperuntukkan jutaan ringgit untuk pembangunan masyarakat malahan telah terdapat sebuah kementerian untuk hal ehwal masyarakat iaitu Kemeterian Perpaduan Negara dan Kebajikan Masyarakat. Malangnya, perbelanjaan itu tidak sampai kepada golongan sasaran. Agensi-agensi ini kurang mengambil usaha untuk membantu masyarakat dalam perkara yang melibatkan kerjasama segenap lapisan masyarakat.

Nasib yang sama turut menimpa NGO yang kini berjumlah sekitar 40,000 buah. Mereka dipercayai hanya bertindak seperti “melepaskan batuk di tangga”. Mereka tidak gemar turun padang, berjumpa dan bekerjasama dengan masyarakat setempat untuk menolong menyelesaikan masalah mereka. Malahan, ada juga NGO yang dipergunakan sebagai “batu loncatan” oleh pihak tertentu untuk meraih kepentingan peribadi.

Langkah-Langkah Wajar.

Situasi seperti ini sesungguhnya amat memalukan, namun itu tidak bermakna kita harus lepas tangan untuk mencari penyudah isu-isu yang kian membarah ini. Sejak di bangku sekolah lagi, amalan murni ini perlu diterapkan agar kerja murni bermasyarakat ini akan terus lestari seiring dengan kemajuan negara. Anak-anak kecil harus dibiasakan bersama-sama masyarakat luar dari rumah meraka agar keberadaan mereka dihargai dan dimanfaatkan oleh masyarakat keseluruhannya dalam usaha melaksanakan sesuatu yang berfaedah demi kesejahteraan umum.
Sekolah sebagai rumah kedua para generasi muda wajar menerapkan amalan mulia ini dalam aktiviti-aktiviti kesekolahan seperti Hari Guru, Sukan Tahunan Sekolah, dan Hari Anugerah Cemerlang. Para pelajar akan menguruskannya dan para guru hanya bertindak sebagai penasihat. Melalui kerjasama, setiap insan itu akan lebih matang tentang hubungan sosialnya selain dapat menyelidiki potensi diri secara yang lebih meyakinkan. Badan-badan kerajaan atau sukarelawan harus bergerak lebih maju dan efisien dalam usaha memugar semula semangat gotong-royong kembali.

Ceramah, forum, dan kempen kejiranan yang tersusun dan berkala boleh diusahakan sebagai satu inisiatif menyebarkan maklumat yang berguna tentang gotong-royong kepada orang ramai. Lebih elok lagi jika mereka turut bersama-sama masyarakat setempat membantu rancangan mereka. Contohnya, sebuah pertubuhan sukarela di Seksyen 17 hingga Seksyen 22 Petaling Jaya bekerjasama dengan warga setempat mengutip plastik, kaca, dan kertas terpakai untuk dikitar semula. Pencapaian badan sukarela ini patut diberi pujian.

Tidak terkecuali, syarikat-syarikat swasta sewajarnya menunaikan tanggungjawab sosial mereka dengan membantu masyarakat umum mengatasi masalah mereka. Walaupun sehingga kini peranan syarikat swasta dalam kesejahteraan masyarakat masih samar-samar, namun fungsi sosial mereka akan lebih jelas pada masa akan datang berdasarkan situasi masa kini dan isentif kerajaan.

Kesimpulan

Jelaslah melalui bicara pada kali ini, dengan aktiviti gotong royong sememangnya membawa pelbagai manfaat penting dalam kehidupan kita seharian, selain memberi kita kemudahan dan keberkatan dalam melayari hidup bermasyarakat, kita dalam juga mendekatkan diri kepada sang pencipta.

Secara am nya, jelas dan teranglah matlamat pihak kerajaan yang selama ini mengadakan pelbagai aktiviti dan program-program bagi memupuk hubungan silaturrahim antara kaum.Terutamanya program-program bagi pelajar-pelajar yang masih di bangku sekolah lagi.Ini kerana amalan ini perlu disemai sejak dari awal lagi supaya kesannya akan cepat terlihat suatu hari kelak.Sekian terima kasih.

Selain itu, dengan aktiviti bermasyarakat seperti ini banyang yang memberikan laluian ketenangan dalam perhubungan yang mana dapat kita simpulkan secara ringkas nya, aktiviti ini memberikan peluang untuk lebih mengenali budaya masyarakat secara menyeluruh selain mengetahui serba sedikit berkaitan kehidupan moral setiap manusia.
Justifikasinya,aktiviti bergotong royong ini amat penting dan perlu dalam mengeratkan hubungan silaturrahim antara kaum. Lebih-lebih lagi serperti negara Malaysia yang mempunyai pelbagai jenis kaum dan etnik yang hidup bersama sejak zaman dahulu kala lagi. Dengan terjalinnya hubungan silaturrahim yang kukuh ini ,negara kita akan lebih aman, lebih mengambil berat antara satu sama lain dan perpaduan juga akan menjadi lebih kukuh.


Rujukan

No comments:

Post a Comment