DUA 6022
KOMUNIKASI DAN PENYIRAN DALAM ISLAM
TOPIC 1
AMALAN GOTONG ROYONG DAPAT MENGERATKAN/MERAPATKAN HUBUNGAN SILATURRAHIM ANTARA KAUM
GROUP 1
- MUHAMMAD FADLIN BIN YUSOFF
- MUHAMMAD TAUFIK BIN ZAINUN ABIDEN
- MOHAMAD ZAEEM BIN MOHD. D'NAN
- WAN AHMAD FAWWAZ BIN WAN BHARUDIN
Amalan Gotong
Royong dapat Mewujudkan / Mengeratkan Hubungan Silaturrahim di Kalangan Kaum.
Sejak dari dulu lagi, khususnya
masyarakat Melayu, gotong-royong diamalkan sebagai sebahagian daripada cara hidup
dsn adat resam kits. Kini, selepas kemerdekaan atau lebih tepat lagi, selepas
pengwujudan Dasar Kebudayaan Kebangsaan pada tahun 1973, gotong-royong telah
dimartabatkan sebagai salah satu nilai sosioekonomi kebangsaan dalam usaha
pembentukan bangsa Malaysia.
Namun begitu, amalan ini kian dilupakan
oleh generasi alaf 21 masa kini yang hanyut dengan keseronokan dan keselesaan
yang tiada batasan. Berapa peratus golongan muda yang mengetahui maksud gotong
royong dan mengamalkannya dalam
kehidupan seharian.
Dalam Islam, Hubugan Silaturrahim yang
di eratkan melalui gotong royong amat dititik beratkan sama sekali dalam
memperkukuhkan perhubungan antara masyarakat, kaum dan bangsa. Perhubugan
antara kaum ini tidak diletakkan darjat dalam islam yang mana melibatkan
penduduk marhaen mahupun penduduk nomad yang bertandang, malahan bangsawan,
cendikiawan sekalipun tidak dibezakan dalam islam kerana pada pandangan yang
maha esa mereka adalah sama yang mana berpaksikan kepada Tuhan yang sama
walaupun pandangan agama yang berbeza.
Dalam erti kata lain, Secara holistik
nya Hubungan Silaturrahim ini adalah kunci kepada penyatuan ummah, dan
masyarakat di dunia. Namun masih ada yang bertanya
I.
Apakah
itu hubungan silaturrahim?
II.
Bagaimana
gotong royong dapat menyambungkan hubungan silaturrahim?
III.
Akibat
Memutuskan Perhubungan Silaturrahim?
Oleh itu, mari kita singkap segala
perspektif berkaitan dengan silaturrahim dengan gotong royong yang cuba kita
capaikan selama ini.
Apa Itu
Silaturrahim,
Jika dapat kita perhatikan pelbagai olahan
yang berbeza tetapi membawa maksud yang sama dalam masyarakat itu sendiri,
antaranya :
·
Menurut
Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi ke 4, silaturrahim membawa maksud kepada “tali”
iaitu perhubungan secara bersaudara mahupun hubungan persahabatan.
·
Menurut
Kamus Besar Bahasa Indonesia (2007 : 1065) silaturrahim juga membawa maksud “tali”
perhubungan antara dua hala yang itu melibatkan lebih dari seorang individu.
·
Dalam
perspektif Bahasa Arab pula, silaturrahim itu di lihat dari aspek tarkib idhofi
(susunan) yang terdiri dari beberapa konsep yang berbeza yang juga di sama
rtikan dengan “tali”.
·
Maksud
dari segi islam membawa pengertian yang mana silaturrahim adalah tanda-tanda
seseorang itu berman kepada Allah S.W.T sebagaimana hadis yang
diriwayatkan daripada Abu Hurairsh r.a ia Berkata Nabi Muhammad S.A.W bersabda:
“Barang
siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia memuliakan
tetamunya dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka
hendaklah ia menyambung hubungan silaturrahi”.
Perhubungan silaturrahim ini ada di
sentuh dalam ayat al-quran yang di wahyukan kepada Junjungan besar Nabi Muhammad
S.A.W dalam Surah an Nahl (ayat 90) yang membawa maksud,
“Sesungguhnya
Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi bantuan
kepada kerabat (keluarga) dan dia melarang (melakukan) perbuatan keji,
kemungkaran dan permusuhan . Dia memberi pengajaran kepadamu agar kamu dapat
mengambil pelajaran.”
Bukan itu sahaja, perhubungan
silaturrahim ini juga ada di sentuh dalam Surah al-Isra’ (ayat 26) yang membawa
maksud,
“Dan berikalah
haknya kepada kerabat terdekat, juga kepada orang miskin dan orang yang dalam
perjalanan dan janganlah kamu menggunakan (hartamu) secara boros.”
Bagaimana
Gotong Royong Dapat Menyambungkan Hubungan Silaturrahim?
Secara Am nya, hubungan silaturrahim ini
amat mudah utuk disambungkan bagi masyarakat masakini, kerana kita dilengkapi
dengan kemudahan teknologi yang dapat menyambung perhubungan kita sesame
manusia mahupun keluarga. Namun selain daripada perhubungan teknologi ada
pelbaga lagi cara yang dapat kita singkapkan dan kembangkan perhubungan
silaturrahim ini sebagai contoh mengadakan Gotong
– Royong, ziarah menziarahi, bertegur sapa, tolong menolong dan sebagainya.
Maksud
Gotong Royong
Gotong royong adalah suatu aktiviti yang
dilakukan secara bersama-sama dan bersifat suka rela agar aktiviti yang
dikerjakan dapat berjalan dengan lancar dan mudah.
Gotong royong juga sangat sesuai dengan
ajaran islam, Islam menginginkan umatnya saling mencintai, menyayangi dan
saling berbagi, ini sangat sesuai dengan prinsip gotong royong. Semangat gotong
royong dalam islam juga boleh dijadikan ukuran keimanan seseorang, dalam hal
ini Rasulallah SAW. Bersabda dalam hadis yang di riwayatkan Bukhari,Muslim,Tirmidzi,dan
Nasai:
لايؤمن احدكم حتى يحب لاخيه ما يحب لنفسه
“Tidak beriman salah seorang
diantara kamu sampai ia mencintai saudaranya sama dengan mencintai dirinya
sendiri”.
Kenapa Gotong –
Royong di jadikan Medium Perhubungan?
Gotong – Royong adalah antara satu
contoh dalam perhubungan masyarakat dan keluarga itu sendiri, ini kerana
menyokong beberapa pengukuhan penting dalam merapatkan dan mengeratkan
perhubungan antaranya :
1. Meluangkan
Masa Bersama Masyarakat.
Tafsiran
ringkas kenapa dikatakan dengan meluangkan masa kerana, dengan gotong-royong
seperti ini masyarakat dan keluarga dapat berkumpul bersama merai dengan
melakukan segala urusan bersama yang mana memberikan lebih keintiman terhadap
perhubungan kasih sayang antara mereka, Selain itu, bagi sebuah keluarga yang
sempurna, gotong royong adalah antara medium yang sempurna dalam mengerat dan
merapatkan lagi perhubungan kekeluargaan yang mana merupakan hak mutlak setiap
ahli keluarga seperti firman-Nya dalam Surah ar-Rum (ayat 38) yang bermaksud,
“Maka berikanlah haknya kepada kerabat dekat, juga kepada
orang miskin dan orang-orang yang dalam perjalanan. Itulah yang lebih baik bagi
orang-orang yang mencari keredhaan Allah dan orang-orang itulah yang
beruntung.”
2. Merapatkan
Perhubungan Dua Hala.
“Dari Abu hurairah r.a, Dari Nabi Muhammad S.A.W bersabda ,
barang siapa yang ingin diluaskan rezekinya, dan dipanjangkan umurnya,
hendaklah dia menyambung silaturrahim”. (Hadis Riwayat Bukhori)
Kehidupan
masyarakat kini sudah mangli untuk kita perdebatkan, dek kerana kemegahan yang
cuba di tegakkan dan keegoan yang cuba di pertahakan atas dasar cuba mencari
erti dan maksud di setiap kehidupan sampai terlupa akan indahnya dan
beruntungnya hidup bermasyarakat yang banyak menyumbang kepada pelbagai manfaat
dalam kehidupan seharian.
Oleh
itu dengan menumpukan kepada aktiviti masyarakat seperti gotong royong ini,
bersesuaian dengan hadis diatas, dapat lah kita simpulkan bahawa dengan adanya
aktiviti seperti ini dapat merapatkan hubungan kita bersama yang maha esa
disamping masyarakat sekeliling sekaligus berpeluang rebut ganjarn hebat dari
yang maha esa.
3. Merealisasikan
Impian Keluarga Bahagia.
Dalam
mendepani cabaran masyarakat prejudis dan perbezaan perspektif masyarakat masa
kini ada antara kita terlupa akan kebaikan gotong royong terhadap keluarga
kita. Dalam merapatkan perhubungan silaturrahim antara keluarga, gotong royong
adalah satu punca dalam merealisasikan keluarga bahagia yang cuba dicapai oleh
setiap masyarakat, ini kera, dengan gotong royong kekeluargaan itu sendiri
dapat berhimpun dan berkumpul dalam kelompok yang sma untuk mencari dan
menyelidiki setiap permasalahan antara mereka selain memberi ruang dan pluang
untuk berkongsi idea dan curahan ilmu serta perasaan kepada keluarga.
4. Mengeratkan
Perhubangan Pemimpin Dengan Masyarakat.
Seorang
pemimpin yang berjaya adalah pemimpin yang berjiwa rakyat, pemimpin yang duduk
sama rendah berdiri sama tinggi dalam mendepani kehidupan global masa kini,
Demikian juga lah pembuktian dengan aktiviti kemasyarakatan seperti ini dalam
menghubungkan dua golongan berbeza ini bersama masyarakat tanpa mengira kaum.
5. Membuangan
Sikap “Rasist” Dalam Kalangan
Masyarakat.
Selain
itu, dengan aktiviti pengumpuluan masyarakat seperti ini dapat membuka mata
kita utuk lebih mengenali tatacara dan budaya setiap kaum dan membuang sikap
rasis dalam kalangan penduduk, contohnya setelah kita selesai bergotong royong kita
akan dijamukan dengan pelbagai jenis juadah yang dapat kita saksikan, dan di
sini lah dapat kita saksikan dengan setiap juadah yang di sajikan membawa
kepada lambing setiap masyarakat seperti Kaum Melayu dengan kuih-kuih
tradisional nya, nasi kerabu, nasi dagang malahan nasi lemak yang menjadi
makanan kesukaan rakyat Malaysia, Kaum Cina pula membawa keunikan dari khasiat
tea Cina nya selain Kuih Bulan yang menjadi lambang kemegahan masyarakat Cina,
manakala bagi Kaum India, membawa kesamarataan dari seg juadah Maruku, Kuah
Kari Nasi Kandar yang elank di makan bersama. Jadi apabila digabungkan segala
keunikan ini dapat membuang sikap rasis dalam masyarakat kita sendiri.
6. Berkerjasama
Membasmi Permasalahan Masyarakat.
Peningkatan
dunia global sekarang amat meruncingkan, setiap hari kita disajikan dengan
pelbagai berta jenayah yang kurang enak di dengar, sakit untuk di lihat dan
luluh untuk di rasai, Oleh itu dengan adanya semangat bergotong royong ini,
masyarakat Penduduk kampung dapat sama duduk satu meja berbincang permasalahan
kampong/taman/desa dan dapat membasmi jenayah dengan seadil nya yang mana
masyarakat dapat memberikan pandangan yang bermutu dan dapat di salurkan kepada
pihak yang wajib dalam usaha menyatupadukan keindahan persaudaraan.
Kepentingan
Gotong Royong
Perpaduan antara masyarakat harus kukuh
untuk membolehkan negara pergi lebih jauh dalam lapangan dunia moden. Lebih
rumit, masyarakat di Malaysia terdiri daripada masyarakat berbilang kaum. Maka,
harus ada satu aktiviti yang berguna untuk merapatkan persefahaman antara kaum
itu, dan tidak dapat dinafikan bahawa gotong-royong mampu membentuk masyarakat
yang kondusif.
1.
Semangat bantu-membantu dan
Gotong-royong boleh
merapatkan ahli masyarakat kepada nilai-nilai murni yang suci seperti bekerjasama
membersihkan taman permainan, longkang, mahupun rumah ibadat, akan wujud rasa
kekitaan yang tulen., yang tidak ditemui di rumah mahupun di pejabat. Rasa
kekitaan seperti sikap prihatin,dan penyayang sesama individu dalam masyarakat ini
akan membantu hasrat kerajaan untuk negara mara lebih kehadapan dalam era
globalisasi ini. Hal ni berdasarkan kesan positif gotong-royong yang sebenarnya
dapat membantu menangani gejala-gejala buruk dalam masyarakat seperti penagihan
dadah dan kecurian. Lebih-lebih lagi gotong-royong melibatkan penglibatan
menyeluruh ahli masyarakat.
2.
Perkukuhkan Peribahasa Melayu
Bak kata pepatah Melayu;
“berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”. Demikian juga tentang kerja
gotong-royong ini. Umumnya mengetahui bahawa sesuatu kerja yang besar buatannya
dan juga belanjanya akan menjadi enteng dan kecil kosnya jika dilakukan
bersama-sama. Itulah prinsip gotong-royong. Pihak kerajaan telah menetapkan
bahawa setiap penempatan warganegara di Malaysia mempunyai satu jawatankuasa
khas iaitu Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKK). Fungsinya untuk menjana
kegiatan gotong-royong setempat, khususnya untuk kepentingan umum. Isu ini jika
ditelusuri secara mendalam, banyak wang, masa, dan tenaga telah dijimatkan
kerana ahli masyarakat akan bekerjasama mencapai sesuatu perkara.
3.
Menjimatkan Kos Sara Hidup
Dalam kita tak sedar, dengan amalan
gotong royong ini dapat membantu kelansungan hidup kita di masa hadapan. Contohnya,
jika sesuatu tempat itu menjadi kotor kerana sampah, mereka akan bekerjasama
membersihkannya dan tidak perlu membuang masa dan wang mengupah orang lain
membersihkan atau terpaksa menanggung belanja perubatan kerana sakit akibat
kesan jangka panjang daripada gundukan sampah yang tidak sempurna diuruskan
itu. Tidak kiralah sama ada menyumbangkan derma atau tenaga untuk
gotong-royong, kesan gotong-royong kepada masyarakat seluruhnya cukup bermakna
baik untuk pembangunan material masyarakat mahupun pembangunan modal insan.
Akibat Memutuskan
Hubungan Silaturrahim.
Al-Quran telah menegaskan kepada kita
kenapa seharusnya kita menjag perubungan antara kaum dengan mengeratkan tali
silaturrahim, jadi dapat kita perjelakan dalam diri kita setiap amalan yang
kita lakukan terdapat kesan-kesan yang tertentu yang boleh kita jadikan batas
dan tembok untuk memhalang sagala niat negative yan cuba kita salurkan. Di
katakana dalam dalam hadis yang diturunkan,
“Thobrani
mentakrifkan dari hadis ibnu mas’ud, barangsiapa yang memutuskan hubungan
silaturahim, pintu-pintu langit akan tertutup baginya”.
Bermakna, andai putus nya tali
persaudaraan itu, segala pintu langit akan tertutupbagi umat nya yang
menginkari segala yang di perintah kan, sebagai ummat yang berpaksikan dengan
ajaran islam, setiap kata yang yang diutuskan kepada kita perlu lah kita
mengambil berat dan memandang dengan serious demi meraih kerahmatan dan keberkatan
dari yang maha esa demi membentuk keperibadian seorang ummah yang Berjaya.
Selain itu, diperkukuhkan lagi kenapa islam melarang untuk kita memutuskn
hubungan silaturrahim adalah kerana
“Bukhori
mentakrifkan dari hadis Abu Aufa sesungguhnya rahmat tidak akan turun kepada
mana-mana kaum yang dalamnya ada pemutus silaturrahim”
Dalam hadis tersebut, terang menunjukkan
bahawa, seandainya kita memutusan tali silaturrahim, kerahmatan tidak akan
mengeringi kita. Ramai antara kita bertanya-tanya bagaimanakah cara untuk
mendapatkan kerahmatan daripada yang esa? Dalam hadis tersebut telah dijelaskan
kepada kita sememangnya menjaga perhubungsn silaturrahim itu dapat memberikan
kerahmatan kepada kita dalam usaha mencari kunci untuk ke syurga.
Kesilapan
Dan Kekhilafan Masyarakat Alaf Kini.
Setelah puluhan tahun berlalu,
gotong-royong kian tandus fungsinya di kalangan masyarakat. Masyarakat masa
kini nampaknya lebih individualistik dan materialistik. Mereka bersikap
menyendiri lalu menganggap bahawa segala apa yang berlaku di sekeliling mereka
tidak akan mempengaruhi perjalanan kehidupan seharian mereka. Mereka mula mencari
wang dan pangkat kononnya untuk memperoleh keselesaan dalam kehidupan.”Ada
kerja, ada gaji” seakan-akan menjadi prinsip hidup masyarakat moden hari ini.
Masyarakat moden kini juga kian pudar nilai-nilai kejiranannya. Ramai juga yang
terlalu sibuk dengan urusan pejabat. Tidak mustahil, mereka tidak mengetahui
nama jirannya apatah lagi mengenalinya dengan lebih mendalam.
Ketidakfungsian badan-badan kerajaan dan
badan-badan bukan kerajaan (NGO) khususnya yang terlibat dalam kegiatan
kemasyarakatan, dikatakan punca gejala ini berlaku. Setiap tahun, kerajaan
memperuntukkan jutaan ringgit untuk pembangunan masyarakat malahan telah
terdapat sebuah kementerian untuk hal ehwal masyarakat iaitu Kemeterian
Perpaduan Negara dan Kebajikan Masyarakat. Malangnya, perbelanjaan itu tidak
sampai kepada golongan sasaran. Agensi-agensi ini kurang mengambil usaha untuk
membantu masyarakat dalam perkara yang melibatkan kerjasama segenap lapisan
masyarakat.
Nasib yang sama turut menimpa NGO yang
kini berjumlah sekitar 40,000 buah. Mereka dipercayai hanya bertindak seperti
“melepaskan batuk di tangga”. Mereka tidak gemar turun padang, berjumpa dan
bekerjasama dengan masyarakat setempat untuk menolong menyelesaikan masalah
mereka. Malahan, ada juga NGO yang dipergunakan sebagai “batu loncatan” oleh
pihak tertentu untuk meraih kepentingan peribadi.
Langkah-Langkah
Wajar.
Situasi seperti ini sesungguhnya amat
memalukan, namun itu tidak bermakna kita harus lepas tangan untuk mencari
penyudah isu-isu yang kian membarah ini. Sejak di bangku sekolah lagi, amalan
murni ini perlu diterapkan agar kerja murni bermasyarakat ini akan terus
lestari seiring dengan kemajuan negara. Anak-anak kecil harus dibiasakan
bersama-sama masyarakat luar dari rumah meraka agar keberadaan mereka dihargai
dan dimanfaatkan oleh masyarakat keseluruhannya dalam usaha melaksanakan
sesuatu yang berfaedah demi kesejahteraan umum.
Sekolah sebagai rumah kedua para
generasi muda wajar menerapkan amalan mulia ini dalam aktiviti-aktiviti
kesekolahan seperti Hari Guru, Sukan Tahunan Sekolah, dan Hari Anugerah
Cemerlang. Para pelajar akan menguruskannya dan para guru hanya bertindak
sebagai penasihat. Melalui kerjasama, setiap insan itu akan lebih matang
tentang hubungan sosialnya selain dapat menyelidiki potensi diri secara yang
lebih meyakinkan. Badan-badan kerajaan atau sukarelawan harus bergerak lebih
maju dan efisien dalam usaha memugar semula semangat gotong-royong kembali.
Ceramah, forum, dan kempen kejiranan
yang tersusun dan berkala boleh diusahakan sebagai satu inisiatif menyebarkan
maklumat yang berguna tentang gotong-royong kepada orang ramai. Lebih elok lagi
jika mereka turut bersama-sama masyarakat setempat membantu rancangan mereka.
Contohnya, sebuah pertubuhan sukarela di Seksyen 17 hingga Seksyen 22 Petaling
Jaya bekerjasama dengan warga setempat mengutip plastik, kaca, dan kertas
terpakai untuk dikitar semula. Pencapaian badan sukarela ini patut diberi
pujian.
Tidak terkecuali, syarikat-syarikat
swasta sewajarnya menunaikan tanggungjawab sosial mereka dengan membantu
masyarakat umum mengatasi masalah mereka. Walaupun sehingga kini peranan
syarikat swasta dalam kesejahteraan masyarakat masih samar-samar, namun fungsi
sosial mereka akan lebih jelas pada masa akan datang berdasarkan situasi masa
kini dan isentif kerajaan.
Kesimpulan
Jelaslah melalui bicara pada kali ini,
dengan aktiviti gotong royong sememangnya membawa pelbagai manfaat penting
dalam kehidupan kita seharian, selain memberi kita kemudahan dan keberkatan
dalam melayari hidup bermasyarakat, kita dalam juga mendekatkan diri kepada
sang pencipta.
Secara am nya, jelas dan teranglah matlamat
pihak kerajaan yang selama ini mengadakan pelbagai aktiviti dan program-program
bagi memupuk hubungan silaturrahim antara kaum.Terutamanya program-program bagi
pelajar-pelajar yang masih di bangku sekolah lagi.Ini kerana amalan ini perlu
disemai sejak dari awal lagi supaya kesannya akan cepat terlihat suatu hari
kelak.Sekian terima kasih.
Selain itu, dengan aktiviti
bermasyarakat seperti ini banyang yang memberikan laluian ketenangan dalam
perhubungan yang mana dapat kita simpulkan secara ringkas nya, aktiviti ini
memberikan peluang untuk lebih mengenali budaya masyarakat secara menyeluruh
selain mengetahui serba sedikit berkaitan kehidupan moral setiap manusia.
Justifikasinya,aktiviti bergotong royong
ini amat penting dan perlu dalam mengeratkan hubungan silaturrahim antara kaum.
Lebih-lebih lagi serperti negara Malaysia yang mempunyai pelbagai jenis kaum
dan etnik yang hidup bersama sejak zaman dahulu kala lagi. Dengan terjalinnya
hubungan silaturrahim yang kukuh ini ,negara kita akan lebih aman, lebih
mengambil berat antara satu sama lain dan perpaduan juga akan menjadi lebih
kukuh.
Rujukan
1.
http://blog.townplan.gov.my/?p=5800
2. ms.wikipedia.org/wiki/Gotong-royong_di_Malaysia
3. http://jomfaham.blogspot.my/2009/02/tidak-masuk-syurga-memutuskan-tali.html
4. http://meurunoeilmeepengetahuan.blogspot.my/2012/06/10-manfaat-silaturahmi-dalam-islam.html
5. http://lamanilmu2u.blogspot.my/2008/04/memelihara-hubungan-silaturrahim_26.html
6. http://sihono.staff.uii.ac.id/2013/02/02/10-manfaat-silaturahmi-dalam-islam/
http://buletin-aliman.blogspot.my/2013/02/silaturahmi-dalam-islam.html
2. ms.wikipedia.org/wiki/Gotong-royong_di_Malaysia
3. http://jomfaham.blogspot.my/2009/02/tidak-masuk-syurga-memutuskan-tali.html
4. http://meurunoeilmeepengetahuan.blogspot.my/2012/06/10-manfaat-silaturahmi-dalam-islam.html
5. http://lamanilmu2u.blogspot.my/2008/04/memelihara-hubungan-silaturrahim_26.html
6. http://sihono.staff.uii.ac.id/2013/02/02/10-manfaat-silaturahmi-dalam-islam/
http://buletin-aliman.blogspot.my/2013/02/silaturahmi-dalam-islam.html